Screen Shot 2014-10-11 at 10.38.00 PM

Petikan Ucapan Dr Burhanuddin al-Helmy

Dalam perjalanan kita yang panjang, Presiden kita Dr Burhanuddin al-Helmy dalam ucapan muktamar pada tahun 1957 telah mengungkapkan sesuatu yang berguna untuk kita jenguk semula.

Bahawa, tiga kekuatan di Malaya pada waktu itu, iaitu kekuatan nasionalis, kekuatan sosialis, kekuatan islam, mestilah digabungkan bersama, melahirkan satu kekuatan, walaupun kita tahu, kata Burhanuddin Hilmi tiap-tiap perjuangan mempunyai pengkalan-pengkalan mereka tuju. Perjuangan nasionalis pengkalannya adalah
kemerdekaan, perjuangan sosialis pengkalannya adalah keadilan ekonomi sosio masyarakat. Kita perjuangan islam kata Burhanuddin Helmy, pengkalan kita lebih jauh daripada semua pengkalan-pengkalan mereka, dan kita akan meneruskan perjalanan ketika idealisme dan
idealogi ini telah pun sampai ke pengkalan mereka. Kerana itulah Pas telah menerima tahaluf pada
tahun-tahun 50-an dan 60-an.

Saya ungkapkan ini kerana kita dapat meneguh sedikit kebijaksanaan daripada apa yang telah dilalui oleh generasi-genarasi terdahulu. “

10504945_510327722431916_9053412969724552629_o

Kepimpinan Wanita

Balqis – adalah salah satu model kepimpinan wanita yang diketengahkan oleh Al Qur’an.

Apa istimewanya Balqis?
Wanita dan berkerajaan.
Al mar’ah bilhukuumah.
Women and governance.
Tetapi mampu bersama tunduk dan patuh kepada
Maha Pencipta.
Itulah Balqis.
Maknanya, berkerajaan adalah bukan perkara asing bagi Muslimah.
Al Qur’an menunjukkan mereka bagaimana dekatnya tokoh wanita seperti
Balqis dengan berkerajaan.
Isu-isu berkerajaan/governance issue. Selok belok berkerajaan. Kebijaksanaan dalam berkerajaan. Dan akhir sekali, keimanan dan keislaman bersama Sulaiman a.s hasil ajakan dan besarnya Kerajaan Sulaiman a.s. Lebih besar dan hebat dari Kerajaan Balqis sendiri.
Teladan berkerajaan yang ditunjukkan oleh Balqis, bukan sahaja berguna untuk tela’ah Muslimat, tetapi juga berguna untuk semua urusan berkerajaan.
Antaranya ialah;
1.Bahasa yang lunak
2.Urusan negara dimesyuarahkan
3.Teknik Permesyuaratan
4.Kesan penaklukan asing
5.Hubungan diplomatik
6.Menjunjung kebenaran
7.Kebijaksanaan mengatur urusan
Ketika Balqis merujuk kepada perutusan yang dikirim oleh Nabi Sulaiman a.s, ia bertitah :
27:29 “Berkata Balqis : “Hai pembesar-pembesar, sesungguhnya telah
dijatuhkan kepadaku sebuah surat yang mulia.”

Bahasa yang lunak, sebagai gambaran kesopanan yang tinggi.
Bahasa yang lunak, kata Carnergie, boleh menyebabkan hati pendengar menjadi lembut. Namun, dalam kisah Balqis ini, rujukan baginda kepada surat Nabi Sulaiman sebagai ‘kitaabun kariim’ adalah satu isyarat halus kepada pembesar baginda tentang pendirian sebenar baginda dalam isu ini. Bahawa baginda dapat menerima ajakan Sulaiman untuk beriman dan para pembesar baginda sepatutnya dapat memahami isyarat ini.
Ini adalah satu tindakan politik yang sangat tinggi. Tercapainya sesuatu maslahah politik tidak semestinya dengan bahasa yang terang. Di balik kata, sudah tergambar isyarat politik.

Begitulah bijaknya Balqis. Dan selamanya, Muslimat kita akan sebijak Balqis.
Seterusnya, Balqis memanggil permesyuaratan para pembesar dan penasihat baginda dan membuka ruang untuk mereka memberikan pandangan:

27:32 “Berkata Balqis: “”Hai para pembesar berilah aku pertimbangan dalam urusanku (ini). Aku tidak pernah memutuskan sesuatu persoalan
sebelum kamu berada dalam majlis (ku)”.
Jika diteliti, cara ungkapan Balqis di atas, Baginda sebenarnya bertujuan untuk mendapatkan mandat bagi tindakan-tindakan yang sepatutnya diambil nanti dalam hubungan dengan Sulaiman a.s.
Balqis bukan hanya meminta pendapat para menterinya tetapi meminta sebuah mandat, sebuah kepercayaan.

-Petikan Ucapan DHM Perasmian Muktamar Muslimat.