You are here:

:: Web Husam Musa

TUAN PUAN YANG DERMAWAN DAN BUDIMAN : SALORCARE ditubuhkan sebagai salah satu usaha YB Dato untuk membantu rakyat yang memerlukan. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Islam atas nama SALORCARE
No Akaun : 0 3 0 1 - 8 0 1 - 0 1 4 3 2 - 8 6
SUMBANGAN DERMA IBADAH KORBAN 1434H

Sumbangan derma untuk ibadah korban sempena Aidiladha 1434H kini boleh disalurkan terus ke akaun SalorCare
Bank: Bank Islam Malaysia Berhad
Nama Akaun: SALORCARE
No.Akaun: 0 3 0 1 - 8 0 1 - 0 1 4 3 2 - 8 6

May19

Dato' Husam - Himpunan Blackout 505/Kuantan-14052013 (Sessi Bersama Pimpinan)

Dato' Husam - Himpunan Blackout 505/Kuantan-14052013 (Sessi Bersama Pimpinan)

 
May12

WARKAH PENGHARGAAN ATAS PRESTASI CEMERLANG GERAKERJA PILIHANRAYA KERUSI PARLIMEN P-125 PUTRAJAYA

13 Mei 2013M
2 Rejab 1434H

Ahli Jawatankuasa PAS Putrajaya
Saf Kepimpinan Jentera dan Petugas Pilihanraya P-125 Putrajaya,
Para Sukarelawan dan Penyokong

السلأم عليكم ورحمة الله وبركاته

Saudara / Saudari,

WARKAH PENGHARGAAN ATAS PRESTASI CEMERLANG GERAKERJA PILIHANRAYA KERUSI PARLIMEN P-125 PUTRAJAYA

Didahului salam penuh kesejahteraan, semoga sentiasa berada di dalam pemeliharaan yang sebaik-baiknya daripada Allah SWT.

2. Selaku Calon Kerusi Parlimen P-125 Putrajaya, izinkan saya merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan atas kerjasama dan komitmen tidak berbelah bahagi semua pihak dalam PRU-13 yang lalu.

3. Saya merasa amat terharu dengan sokongan penuh yang ditunjukkan oleh Jawatankuasa PAS Putrajaya, seluruh jentera dan Petugas Pilihanraya serta para Sukarelawan yang terlibat dalam kempen di Putrajaya, bermula dari hari penamaan calon sehinggalah kini. Saya yakin, dengan komitmen tinggi yang telah ditunjukkan, kita mampu mendekati hati para pengundi untuk bersama kita pada masa akan datang.

4. Usaha menawan Putrajaya tidak harus terhenti dengan kejayaan mengurangkan jumlah undi majoriti pihak lawan dalam pilihanraya yang lalu. Secara muhasabah, mari kita jadikan ia sebagai indeks untuk kita melipatgandakan lagi usaha bagi mencapai kemenangan. Saya yakin, di sana masih terdapat ruang yang luas ke arah pembaikan strategi. Dengan kegigihan dan gerak kerja yang lebih tersusun kita akan merancang bagi menghadapi PRU14 dengan lebih kemas.

”Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.” (Surah Saff Ayat 4)

Semoga segala usaha, sokongan, bantuan, kerjasama, perhatian, sumbangan saudara saudari dalam apa jua bentuk bagi kita mencapai kemenangan dalam menegakkan kebenaran di bumi Malaysia ini dihitung Allah SWT sebagai amal jariah yang berpanjangan. Jazakallahu Khairan Kathiran.

Sekian, والسلام عليكم ورحمةالله وبر كاته

”BERJUANG UNTUK ISLAM”

HAJI HUSAM MUSA
CALON P-125 PUTRAJAYA

 
May11

Menanti Di Barzakh - Video

   
May08

Najib perlu buka laluan untuk Muhyiddin – Husam

 

KOTA BHARU: Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak harus memberikan laluan kepada timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menerajui negara kerana keputusan PRU13 yang mengecewakan.

 

“Pada 2008, Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Puad Zarkashi dan lain-lain pemimpin Umno telah buat kenyataan – meminta Pak Lah (Tun Abdullah Badawi) untuk bertanggungjawab dengan kegagalan di PRU12.

 

"Kalau logik singkir Pak Lah ialah universal, logik yang sama perlu dipakai pada Najib. Morally, Najib harus buka laluan untuk Muhyiddin untuk ganti beliau sebagai Perdana Menteri,” kata Husam semalam.

 

Menurut Husam, Najib mencatat keputusan yang lebih teruk daripada Pak Lah di mana BN kalah dalam undi popular kepada Pakatan Rakyat buat pertama kalinya dan juga kehilangan tujuh kerusi parlimen kepada 133 daripada 140 daripada apa yang dicapai Pak Lah.

 

Husam juga menyentuh ungkapan ‘Tsunami Cina’ yang diguna Najib untuk mencari kambing hitam atas prestasi BN yang semakin merosot.

 

“Isu itu dibangkitkan untuk sambung hayat politik Najib yang terumbang-ambing dengan keputusan PRU13. Ungkapan itu juga menandakan konsep 1Malaysianya telah gagal. Konsep itu adalah satu-satunya modal Najib – sekarang modal ini sudah gagal, maka beliau harus berundur,” tegas Husam.

 

Husam juga menolak hujah politik Najib mengenai ‘Tsunami Cina’ yang menyebabkan kemerosotan BN kerana BN hampir-hampir kehilangan Terengganu yang peratus undi Melayunya 95 peratus.

 

“Saya menolak politik perkauman dan anti-Cina. Saya yakin ada cetusan lain untuk mengekalkan beliau (Najib) sebagai Perdana Menteri,” kata Husam.

 

 

Sumber: Harakah Daily

       
May02

Buletin Salor Edisi PRU 13 Siri III

 

 
May02

DEKLARASI PUTRAJAYA UNTUK PENJAWAT AWAM SELURUH NEGARA SEMPENA HARI PEKERJA - 1 MEI 2013

Bagi mencapai cita-cita membangunkan Malaysia sebagai Negara Berkebajikan dan selepas mempertimbangkan pandangan dan aspirasi penjawat awam negara, dengan ini PR memperturunkan Deklarasi Putrajaya 2013 untuk penjawat awam iaitu dengan mewujudkan sebuah perkhidmatan yang benar-benar cekap, berdaya saing, amanah dan menjunjung cita-cita negara Malaysia mencapai world class delivery system.

A. BAYARAN GAJI BERASAS BILANGAN MINGGU - TAMBAHAN SATU BULAN PENDAPATAN

Menerima cadangan Y.Bhg Dato Nordin Abd Hamid, bekas Presiden CUEPACS, untuk kerajaan PR mengkaji pembayaran gaji kakitangan awam berasaskan bilangan minggu dalam setahun. Ini akan membolehkan penjawat awam menikmati tambahan sebulan gaji setahun atau 52 minggu setahun berbanding sistem sekarang hanya 48 minggu.

B. PINJAMAN PERUMAHAN TANPA FAEDAH

- Mengambil model yang telah diamalkan dengan jayanya oleh Kerajaan Negeri Kelantan sejak 1990.
- Pinjaman tanpa faedah bagi pinjaman pertama penjawat awam
- Penyelarasan sewajarnya akan dibuat bagi pinjaman sedia ada
- Pinjaman tanpa faedah diluaskan bagi penjawat awam yang memerlukan rumah sedia ada diubahsuai dengan had tidak melebihi RM 100,000.
- Kadar pinjaman hendaklah setimpal dengan harga rumah semasa
- Bancian dan kutipan data akan dilaksanakan sebaik sahaja PR mengambil alih negara bagi mengenal pasti penjawat awam yang belum memiliki rumah.
- Empat tahun pertama PR mentadbir adalah tempoh sasaran penyediaan rumah bagi penjawat awam.

C. PENDIDIKAN MESRA PENJAWAT AWAM (KHUSUSNYA DI PUTRAJAYA)

Sistem sedia
ada menyebabkan ibubapa penjawat awam sentiasa terkejar-kejar sewaktu rehat tengahari untuk mengambil anak-anak mereka dari sekolah rendah untuk dihantar ke kelas fardhu ain di tempat yang berbeza yang berlangsung dari jam 2.30 petang sampai 4.30 petang.

Guru Kelas Fardhu Ain pula dilantik secara tidak tetap, sukatan pelajaran yang tidak seragam, mempunyai bilangan murid yang
ramai serta bersesak-sesak dan kemudahan belajar yang tidak mencukupi

PR dengan ini mencadangkan Pendidikan KAFA percuma (Putrajaya Sebagai Perintis) dengan:

- Mengubah sedikit jadual persekolahan dengan berhenti rehat 10 minit lebih awal pada tengah hari
- Pelajar akan makan di kantin sekolah dan kantin beroperasi sepenuhnya
- Kelas KAFA dilaksanakan di sekolah yang sama bermula jam 2.10 petang.
- Dengan ini penjawat
awam tidak perlu bergegas mengambil dan menghantar anak-anak mereka pada waktu rehat tengahari.

Kesan Pelaksanaan:

- Kedua-dua pendidikan dilaksanakan di sekolah sedia ada secara percuma
- Guru-guru kelas farhu ain dilatih dan dilantik oleh Kementerian Perlajaran
- Guru KAFA sedia ada diserapkan ke Kementerian Pelajaran dengan skim perkhidmatan tetap dan gaji yang lebih baik
- Pendidikan KAFA hanya kepada murid beragama Islam
- Penjawat awam akan menikmati ruang masa yang lebih selesa dan ini boleh meningkatkan tumpuan kerja dan produktiviti

D. PENCEN PILIHAN


Menyelaras pemberian pencen sebagaimana lantikan sebelum 1992 iaitu mereka yang memilih untuk bersara awal boleh menikmati pencen apabila mencapai umur 45 tahun bagi wanita dan 50 tahun bagi lelaki.

E. BELAJAR SEMASA TEMPOH BERKHIDMAT

Semua penjawat awam boleh menikmati gaji penuh semasa tempoh belajar, termasuk kumpulan sokongan
(Gred 40 ke bawah).

F. MENYERAP KE JAWATAN TETAP BAGI KAKITANGAN PERKHIDMATAN KONTRAK, SEMENTARA DAN KHIDMAT SINGKAT PERKHIDMATAN
AWAM

G. MEMBANGUNKAN SEKTOR PERKHIDMATAN AWAM MENUJU
STANDARD KELAS DUNIA (WORLD CLASS STANDARD):

i. Membuka peluang kerjaya seluas-luasnya, termasuk peluang belajar yang terbuka untuk membangunkan potensi diri setiap warga penjawat awam dan kenaikan pangkat secara lebih saksama;

Merapatkan jurang tempoh kenaikan pangkat yang lebih adil dan samarata di antara semua skim perkhidmatan berasaskan Time-Based;

Ketua Perkhidmatan dan Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) dinilai Mengikut Merit, Subject Matter Expert (SME) dan profesionalisme jawatan mengikut skim perkhidmatan masing-masing.

KSU/ Ketua Jabatan terdiri daripada skim perkhidmatan yang menjadi “CORE BUSINESS” di Kementerian tersebut dan Ketua Perkhidmatan hendaklah dari skim perkhidmatan itu sendiri (cth: Ketua Perkhidmatan

Pelajaran adalah di kalangan pensya
rah atau guru)

ii. Menghilangkan stigma budaya takut dan mengelakkan campurtangan politik
iii. Menerapkan perhubungan majikan pekerja / kerajaan yang harmoni dengan konsep smart partnership and participative management.

iv. Mengiktiraf Kesatuan Sekerja dalam sektor awam dan CUEPACS untuk bersama kerajaan membangun negara ke arah;

World Class Civil Servants
World Class Mentality
World Class Delivery System
World Class Standard

Bagi jawatan perkeranian tempoh kenaikan pangkat dipendekkan dari 15 tahun kepada 10 tahun.

H. PERTUKARAN DAN PENEMPATAN PENJAWAT AWAM BERTERASKAN MESRA KELUARGA

i. PERLINDUNGAN INSURANS BAGI PENJAWAT AWAM DI SEMUA AGENSI


ii. PENGUATKUASAAN SEPERTI KASTAM, POLIS, TENTERA DAN LAIN-LAIN BERTUJUAN MEMBERIKAN MEREKA KEYAKINAN BAHAWATUGAS MEREKA DIHARGAI SEPENUHNYA OLEH KERAJAAN

J. PENGECUALIAN CUKAI PENDAPATAN BAGI PENJAWAT AWAM GRED 41 KE BAWAH BERTUJUAN MEMBERIKAN PENDAPATAN BENAR YANG LEBIH BESAR

K. MENYELARAS GAJI PEGAWAI DAN KAKITANGAN PENJARA SAMA
SEPERTI ANGGOTA POLIS SEPERTI YANG DIAMALKAN SEBELUM INI.

L. MENGKAJI UNTUK MENAIKKAN IMBUHAN TETAP PERUMAHAN (ITP) PENJAWAT AWAM GRED 40 KE BAWAH DARI JUMLAH MINIMUM RM180 KEPADA JUMLAH YANG LEBIH MUNASABAH

M. ELAUN COLA TIDAK DIPOTONG (RM150) BAGI PENJAWAT AWAM YANG MENDUDUKI KUARTERS KERAJAAN DI PUTRAJAYA

Disediakan oleh ;
DATO HAJI HUSAM MUSA
CALON PAKATAN RAKYAT
P125 PUTRA JAYA

Diisytiharkan Oleh;
DATO SRI ANWAR IBRAHIM
PENGERUSI
PAKATAN RAKYAT MALAYSIA

TANGGAL, 1 MEI 2013 / 20 JAMADIL AKHIR 1434H

 
  • «
  •  Start 
  •  Prev 
  •  1 
  •  2 
  •  3 
  •  4 
  •  5 
  •  6 
  •  7 
  •  8 
  •  9 
  •  10 
  •  Next 
  •  End 
  • »
Page 1 of 60
Banner

Naskhah  "Malam Pengantin"    | Hanya RM 30 sebuah (RM 38)

naskhah Malam Pengantin

Diterbitkan oleh SALORCARE. Mengandungi nasihat-nasihat menarik untuk tatapan para pengantin baru .
Sesuai untuk dijadikan hadiah perkahwinan sahabat karib dengan penampilan buku yang menarik dan indah.

Setiap hasil pembelian akan terus dimasukkan ke tabung SALORCARE  .  Hubungi @ sms : Kamarulzaman 013 980 4360

 

cetusan hati


Blog Cetusan-Hati merupakan blog tulisan YB Dato Hj Husam sendiri baca

SALORCARE

SALORCARE ditubuhkan sebagai salah satu usaha YB Dato untuk membantu rakyat yang memerlukan. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Islam atas nama SALORCARE No Akaun : 0301-801-01432-86

AHLI MMK NEGERI KELANTAN

Sample image YB Dato' adalah ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Perancangan Ekonomi dan Kebajikan laman web.

DUN SALOR

Sample image Dewan Undangan Negeri Kawasan Salor, merupakan salah satu DUN di dalam Parlimen Kubang Kerian dan diwakili YB Dato sejak 2008 laman web