AIR KELANTAN: RAKYAT TUNTUT PENJELASAN

AIR KELANTAN: RAKYAT TUNTUT PENJELASAN

Musim kemarau dah bermula di Kelantan.

Semakin panas cuaca, semakin kritikal isu bekalan air di negeri ini.

Berdasarkan rungutan di FB dan media sosial, isu bekalan air nampaknya jauh dari selesai.

Fokus saya ialah kelemahan pengurusan Air Kelantan Sdn Bhd, bahkan penyelewengan terancang yang mungkin wujud. Inilah punca kegagalan masalah bekalan air gagal diselesaikan.

Bukti pertama dakwaan saya ialah : Projek Bekalan Air Merbau Condong Fasa II ( Pakej 1) – Reka dan Bina Mekanikal dan Elektrikal.

[sumbang RM15 atau lebih untuk bantu kempen kami]

A. Diluluskan oleh AKSB kepada syarikat yang belum didaftarkan

I. Surat perlantikan dikeluarkan kepada CDAH CONSTRUCTION JANGKA PRESTASI JV SDN BHD pada 22 Januari 2015

II. CDAH CONSTRUCTION JANGKA PRESTASI SDN BHD baru didaftarkan hanya pada 9 Mac 2015.

Ini bermakna, surat perlantikan syarikat dibuat dua bulan setengah lebih awal dari penubuhan syarikat usaha sama.

Perjanjian usaha sama antara Cdah Construction Sdn Bhd dgn Jangka Prestasi Sdn Bhd pula dikatakan setem pada 25 Mac 2016.

Dokumen yang sampai pada saya selanjutnya menunjukkan, Mesyuarat Lembaga Air Kelantan Sdn Bhd yang bersidang pada 11 Januari 2015 sebenarnya meluluskan projek itu kpd entiti yang berbeza dari Surat Setuju Terima.

Entiti yg diluluskan oleh Lembaga Aksb ialah Cdah Construction Sdn Bhd JV Jangka Prestasi Sdn Bhd, bukannya Cdah Construction Jangka Prestasi JV Sdn Bhd.

Saya menuntut penjelasan Kerajaan Negeri Kelantan.

YB Husam Musa
ADUN Salor,
5 Mac 2018

 

DonateSukarelawan