KISAH NABI IBRAHIM, JAMNAPARI, FOOD SECURITY & TUGAS PEMIMPIN UNTUK BAGI INSPIRASI KEPADA RAKYAT.

KISAH NABI IBRAHIM, JAMNAPARI, FOOD SECURITY & TUGAS PEMIMPIN UNTUK BAGI INSPIRASI KEPADA RAKYAT.

1. Bapa Manusia yang mengajar bahawa Ternakan mesti banyak dan bermutu ialah Nabi Ibrahim. Dalam Al-Quran disebut ‘Bi ‘Ijlin Samiin’ & ‘bi-‘ijlin- haniiz’ dalam Kisah Nabi Ibrahim.

2. Jepun mengeluarkan daging yang paling mahal dalam dunia sebagaimana wawasan Nabi Ibrahim iaitu Daging Kobe.

BACA: SUMBANG RM15 ATAU LEBIH UNTUK KEMPEN JADIKAN KELANTAN LEBIH MAJU DAN SEJAHTERA

3. Wagyu daging mahal dan ada kelas-kelas tersendiri (Kobe adalah sebahagian dari Wagyu).

WAWASAN UNTUK 20 TAHUN

4. Saya harapkan 20 Tahun lagi walaupun saya sudah tak ada, Daging Kobe mesti ada dalam Kelantan. Adik-adik kena teruskan. Kena ambil pengajaran dari Sejarah Nabi Ibrahim.

BACA: JAMNAPARI: MASALAH OTAK TERPAKU BEGITU RIGID

5. Kelantan, kalau pemimpinnya berwawasan, dengan teknologi terkini yg ada, Kelantan boleh keluarkan bekalan makanan untuk ternakan dengan teknologi tertentu.

6. Dengan cara ni, Kelantan boleh jadi pengeluar daging2 dan binatang ternakan. Tak perlu beli lembu dari Myanmar yang mahal.

7. Perlu jadikan Kelantan mempunyai penternak yang berjaya dan kaya dengan buah-buahan, jadikan Kelantan Sara diri dan Food Security.

8. Benda ini boleh dibuat? Boleh. Dengan syarat Kerajaan mesti ada wawasan dan Insentif yang boleh diberikan.

INISIATIF JAMNAPARI DAN INSPIRASI UNTUK RAKYAT

9. Dulu kita mulakan insentif Belaan Kambing, yang dijadikan isu oleh orang PAS untuk tikam saya. Bila YB Zul Mamat ditanya dalam DUN “Berapa sen ambo seleweng duit kambing?” YB Zul katakan “Tiada, bukan masalah seleweng”. Satu sen pun saya tak pernah ambil.

BACA: 7 SUMBANGAN BESAR DATO HUSAM UNTUK RAKYAT KELANTAN

10. Ini sebenarnya hanya salah satu model dan cara pemimpin memberi Inspirasi kepada rakyat.

11. Kita ajar rakyat makan kambing. Orang yang berumur skit tahu, di Kelantan pada masa tu kambing golek tak berlaku. Tidak dijual di Bazar Ramadhan. Tiada di Hotel2. Tiada di rumah orang kampung. Masa saya kecil, kambing dicincang halus2, campur dengan umbuk Kelapa dan boleh makan 200 orang.

12. Ambo yang mula-mula bawa mesin kambing, Haji Hashim tolong buat di Pasir Tumbuh. Model ini diambil dari Sarajevo. Bila pergi Sarajevo, tengok mereka bakar sekor Kambing. Bawa balik model dan Haji Hashim mula bakar. Orang luar tengok dan buat sama.

13. Kalau bakar kambing pun kita lambat sampai kepada kita, banyak lagi yang kita boleh ajar dan dedah pada rakyat kita. Boleh bagi Inspirasi dan bangkitkan semangat.

(NOTA: Ini adalah catatan oleh admin yang diambil dari Video Dialog Dato Husam disini:

DonateSukarelawan