TUMPU SUMBER BARU KERAJAAN NEGERI

TUMPU SUMBER BARU KERAJAAN NEGERI

Kerajaan Pakatan Harapan Kelantan akan menumpukan perhatian kepada sumber kekayaan baru seperti pelancongan dan kebudayaan yang tidak boleh dipisahkan dengan negeri kelantan.

PH akan menyusun Pelan Pembangunan Pelancongan Negeri Kelantan yang mampu dibuat (affordable), mampan (sustainable) tetapi menarik (attractive) berdasarkan pengalaman negara-negara lain.

Sumbang RM15 atau lebih untuk Kempen AMANAH Kelantan

Berbanding sumber-sumber lombong, balak dan lain-lain yang tidak sustainable, aset pelancongan di Kelantan terlalu banyak. Sungai Kelantan daripada Hulu sehingga Kuala dan segala cabang-cabang sungai, pulau-pulau Kelantan walaupun bukan pulau laut, tinggalan sejarah, warisan budaya, kedudukan strategik Kelantan, semuanya adalah aset pelancongan yang dibazirkan oleh Kerajaan PAS Kelantan pada hari ini.

Ini adalah kerana exco yang bertanggungjawab tidak fokus. Kita boleh bertanya hari ini, apakah usaha yang dilakukan oleh Exco Pelancongan dulu dan hari ini? Boleh atau tidak kerajaan kelantan bentang apakah Plan Pelancongannya? Tidak ada. Yang ada hanyalah Kerajaan yang Melancong. Melancong lebih banyak dari membawa pelancong ke Kelantan.

Daftar sebagai Sukarelawan Kempen Amanah & PH Kelantan

Sebagaimana dibuat di Negara Cina, ada satu anak kampung yang berlatarbelakang gunung dan sungai. Kerja orang kampung adalah Nelayan Sungai. Pendapatan rendah dan pelancong tidak datang. Akhirnya dilaksanakan satu idea membuat pentas yang terapung di atas sungai dan diletakkan unsur Lampu (Lighting) dan Bunyi-bunyian (Sound).

300 orang nelayan di situ membuat kerja sampingan untuk membuat persembahan budaya menjadi sumber pendapatan penduduk setempat.

Kita ada Dikir Barat dan Wayang Kulit yang kita telah menjadikannya konsep yang lebih Islamik.

Tempat-tempat seperti Pulau Gagak, Pulau Pok Nik Mat, Pulau Seratus dan banyak pulau yang berada dalam kawasan MB hari ini yang boleh dimanfaatkan tapi gagal untuk dimanafaat.

Sertai Kempen Kami? Sign Up hari ini.

Inilah juga yang dibuat di Ho Chin Minh city dan Saigon, Vietnam yang memanfaatkan Sungai Mekong. Pelancong naik boat ke Kuala Sungai untuk melihat Terowong Nipah. 300 Boat setiap hari dengan dua pemandu Boat. Peluang pekerjaan kepada 600 orang dan hari Ahad dibuat dua trip setiap boat.

Kita ada terowong Nipah yang lebih cantik di Pulau Pok Nik Mat, Tumpat. Sangat cantik dengan Flora, Air Jernih dan Nipah Besar tapi tiada pelancong yang datang. Kalau Pakatan Harapan memerintah, idea ini kita akan bangunkan.

Dari segi Sejarah, dalam Perang Pasifik, kita lebih awal 6 jam dari Insiden Pearl Harbour yang bermula di Pantai sabak. Ini adalah tarikan kepada pelancong Jepun. Tetapi oleh kerana tidak minat, tiada idea dan malas untuk belajar dari pengalaman negara lain, maka aset ini dibazirkan.

DonateSukarelawan