PASUKAN HARAPAN BUAT RAKYAT KELANTAN

PASUKAN HARAPAN BUAT RAKYAT KELANTAN

1. Sesungguhnya Allah SWT sangat berkuasa atas segala sesuatu.

2. Pakatan Harapan adalah yg terakhir mengumumkan pasukan calon kita.

3. Walaupun yang terakhir, Insya-Allah pasukan berwawasan kita untuk Kelantan adalah pasukan yang terbaik kita sediakan.

4. Pasukan berwawasan Negeri Kelantan ini kita sediakan untuk menyelerakan seluruh rakyat Kelantan. Berbanding parti tertentu yg sebahagiannya calon yang sudah diketahui prestasi mereka.

[Sumbangkan RM15 atau lebih untuk bantu kempen Pakatan Harapan]

CALON BERWAWASAN, PELBAGAI LATAR BELAKANG

5. Calon kita bukan sahaja berwawasan & berkelayakan. Tetapi yg lebih penting mereka mampu melaksanakan tugas mentadbir negeri dengan lebih baik.

6. Komposisi calon Pakatan Harapan adalah terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. Iaitu satu hidangan yg menyelerakan.

7. Saya boleh ibaratkan ia seperti kita makan nasi, ada gulai kurma, ada rendang daging, ada percik ayam tetapi kalau tak ada darca, tak ada nenas, tak ada sambal belacan ia tidak lengkap.

8. Maka Pakatan Harapan telah tampilkan calon daripada pelbagai segmen dan segenap lapisan masyarakat.

6 DOKTOR PERUBATAN & 5 PEMEGANG PHD

9. Umpamanya calon Pakatan Harapan di Peringkat Dun & Parlimen yang mempunyai ikhtisas/pendidikan Doktor Perubatan seramai 6 orang. Doktor paling ramai sekali. Kerana Negara kita sekarang ini sedang sakit daripada segi ekonomi, kewangan dan politik. Kelantan juga sedang ketika ini sedang sakit. Maka kita membariskan para DR untuk perbaiki Negara ini.

10. Kita juga mempunyai 5 orang pemegang Doktor PhD. Kelantan mungkin menjadi rekod punyai calon-calon yang berkebolehan dalam pelbagai bidang ikhtisas sehingga mereka memiliki Ijazah PhD. 5 orang pemegang PhD yang mempunyai kelayakan pendidikan yg berbeza-beza & mempunyai pengalaman pengurusan serta akademik. Yang in sha allah akan menjadi gabungan pentadbiran yg lebih baik di Malaysia.

CALON PROFESIONAL

11. Kita juga mempunyi 3 org peguam. Antaranya peguam kita pernah menjadi anggota khas pindaan Ruu355 diantara Kerajaan Negeri Kelantan & Kerajaan Persekutuan.

12. Antara lain kita mempunyai 2 orang bekas guru Yayasan Islam Kelantan. Disamping itu kita juga mempunyai seorang bekas Pegawai Majlis Daerah Pasir Putih yg meletakkan jawatan untuk bertanding sebagai Calon Harapan.

13. Kita mempunyai seorang bekas Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

 

 

AKTIVIS R DIBERI KEPERCAYAAN

 

14. Dalam kalangan itu, kita juga mempunyai 3 orang aktivis R (Royalti). Kerana menghormati & mengangkat bakat mereka dalam menuntut Royalti Kerajaan Negeri Kelantan. Kita mengetengahkan calon yg berkaliber ini.

15. Saya tidak pasti adakah PAS meletakkan calon aktivis mereka dalam senarai calon?

16. Calon kita juga merupakan Bekas Pengerusi SPR. Seorang calon yg berkaliber.

17. Calon kita juga adalah seorang bekas Pegawai PTD yg telah meletakkan jawatan serta merta kerana ingin bersama dalam membuat perubahan di Negara ini. Beliau akan berlawan dengan Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan Dato Mustapha Mohamad

ORANG ASLI JUGA DICALONKAN

18. Untuk pengetahuan juga, kami menampilkan seorang calon daripada kalangan orang Asli untuk terlibat sama melakukan perubahan di peringkat Negeri Kelantan.

HARAPAN PERLU SELAMATKAN KELANTAN DARI JATUH KEPADA BN

19. Berbanding dengan Pas, Saya kira Pakatan Harapan adalah pasukan yang lebih serius ingin memberikan tentangan kepada UMNO termasuk ke atas Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan.

20. Dengan segala mesej ini, saya ingin maklumkan kepada rakyat Kelantan bahawa Pakatan Harapan memasuki Pilihanraya bukan ingin menjadi pengacau kepada PAS. Tetapi bersedia mengambil alih negeri Kelantan & menyediakan pentadbiran yg lebih baik.

21. Walaupun kami Parti yg masih baru. Tetapi kami mempunyai calon yang berkelayakan yg telah berbakti & mendahului menyahut perjuangan Pakatan Harapan.

22. Tujuan utama kita memilih calon-calon ini selain daripada “winnable candidate” tetapi ia juga sebagai persiapan untuk mentadbir Negeri ini secara komprehensif.

SELAMATKAN KELANTAN DAN MALAYSIA

23. Tujuan utama kita sekarang adalah untuk menyelamatkan Kelantan & juga Malaysia. Ayuh berganding bahu membawa mesej perubahan ini.

24. Tanggungjawab kita selepas ini adalah lebih besar daripada kesempatan untuk menikmati hidup seperti orang biasa.

25. Jika kita menang. Maka tanggungjawab kita lebih besar daripada keupayaan kita.

DEKATKAN TAQWA KEPADA ALLAH

26. Kerana itu, saya berharap semua rakan-rakan yg terpilih dapat melakukan yg terbaik & disamping itu sentiasa mendekatkan taqwa kepada Allah. Merendah diri sentiasa dengan rakan-rakan. Menghormati lawan kita & tidak terjurumus ke dalam provokasi melampau.

27. Saya berdoa akan kesejahteraan seluruh rakyat Kelantan di dalam & di luar Negeri ini. Saya juga berharap agar rakyat Kelantan dapat memberikan peluang kepada kami di atas dasar “fastabiqul khairat”. Siapa yg lebih baik, itulah yg didahulukan. Siapa yg membawa perjuangan yg lebih bermakna, itulah yg diutamakan.

28. Saya sangat yakin rakyat Kelantan sentiasa terbuka pemikiran mereka & akan melakukan perubahan diluar jangkaan mana-mana pihak. Kita akan melakar sejarah membentuk Kerajaan bukan hanya untuk Negeri Kelantan. Tetapi untuk Maysia selepas 60 tahun merdeka di bawah pemerintahan UMNO & Barisan Nasional.

29. “Masha Allah, segala sesuatu adalah dgn kehendak Allah. Tidak ada kekuatan melainkan dri Allah”

30. Dengan kata-kata itu sy berserah pada Allah Taala agar memberikan panduan, memberikan ketenangan, memberikan pembukaan & kejayaan apa yg dicita-cita oleh rakyat iaitu perubahan di peringkat Kelantan & Malaysia.

HUSAM MUSA

– Ucapan sempena Majlis Isytihar Calon Pakatan Harapan Kelantan.

DonateSukarelawan