Kelantan Mesra Ekologi

PH Kelantan akan menjadikan Kelantan MESRA EKOLOGI secara tersusun dan mendatangkan manfaat kepada semua pihak termasuk Petani, Nelayan, Masyarakat Orang Asli, Kesihatan rakyat secara umum dan penghasilan nilai ekonomi yang menguntungkan rakyat dan membawa kesejahteraan kepada rakyat.

Sumbang RM15 atau lebih untuk Kempen AMANAH Kelantan

PAKATAN HARAPAN KELANTAN PRIHATIN DENGAN KEROSAKAN EKOLOGI KELANTAN

1. Air Sungai yang bertambah kotor dan pencemaran lumpur hasil pembukaan hutang secara besar-besaran yang boleh mengancam sumber air pada masa depan.

2. Kepupusan Hutan Simpan Kekal secara besar-besaran sebagai ‘paru-paru’ negeri untuk bekalkan udara bersih dan segar.

3. Ancaman kehidupan sungai termasuk Ikan, Udang, Ketam dan lain-lain yang jadi sumber pendapatan rakyat.

4. Isu kutipan sampah yang gagal diurus secara moden dan mesra alam.

5. Pembukaan ladang-ladang komersial secara besar-besaran dengan pelepasan bahan kimia yang mungkin membahayakan.

6. Perlombongan yang tidak dikawal dari segi kesan ekologi dan pencemaran kimia serta kesan banjir seperti peristiwa bukit besi Temangan yang menenggelamkan rumah penduduk sejak tahun 2014 sehingga hari ini.

7. Pencerobohan laut oleh Nelayan Asing yang boleh sebabkan sumber protein Negeri ini pupus.

DonateSukarelawan